Ribut Matahari Diramal Landa Bumi Esok [ VIDEO]

Ribut Matahari Diramal Landa Bumi Esok

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) meramalkan 80 peratus kebarangkalian ribut Matahari kuat akan melanda Bumi pada esok (14 Mac), lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut data NOAA, terdapat 20 peratus kebarangkalian ribut itu akan memberi kesan kepada Britain.



Susulan fenomena itu, orang ramai di seluruh dunia berpeluang melihat Aurora, iaitu satu fenomena cahaya yang sering dilihat di kawasan berlatitud tinggi. Ia dijangka dapat dilihat lebih jauh ke arah Khatulistiwa semasa ribut itu berlaku.

“Penemuan tepat! Model ramalan NOAA dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan ribut suria akan melanda Bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan),” kata seorang ahli fizik angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov menerusi ciapan di laman Twitter.

Tambah Skov, kesan daripada fenomena tersebut dijangka kuat.

“Aurora mungkin boleh dilihat jauh ke latitud tengah selain akan berlakunya gangguan kepada radio amatur dan penerimaan GPS, terutamanya menjelang waktu subuh, senja atau malam di Bumi,’’ katanya dalam ciapan yang sama.

Ribut Matahari Diramal Landa Bumi Esok



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker