Hala Tuju UMNO, Nasib MN Akan Dimuktamad Pada PAU – Ismail Sabri

Hala Tuju UMNO, Nasib MN Akan Dimuktamad Pada PAU – Ismail Sabri

Hala tuju UMNO terutama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan bermula Rabu ini.

Selain itu, UMNO juga dijangka membentangkan pendiriannya terhadap Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan diberi tumpuan berikutan perkembangan terbaharu yang berlaku termasuk keputusan dua PRN yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut Ismail Sabri, haluan UMNO pada ketika ini mungkin sudah berbeza dengan hala tuju sewaktu ucapan Presiden parti pada tahun lepas.

“Dengan banyak perkembangan baharu yang berlaku hari ini termasuk kemenangan dua PRN dan sebagainya, jadi mungkin berbeza… jadi kita dengar dengar ucapan Presiden.

“Intipati ucapan Presiden itu akan dibahaskan oleh pembahas-pembahas setiap negeri dan akhirnya resolusi akan tercapailah hasil daripada dari perbahasan tersebut, ini akan menjadi hala tuju UMNO untuk setahun akan datang,” kata Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Mac lalu mengulas mengenai masa depan MN dengan mengatakan kerjasama politik antara UMNO dan Pas diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.



Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sehari sebelum itu pula berkata, arah tuju MN yang membabitkan gagasan kerjasama penyatuan ummah antara parti itu dengan UMNO akan dinilai semula selepas PRN Johor.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim juga pernah berkata, Pas percaya MN yang dimeterai pada September 2019 itu masih wujud dan belum ada batu nisannya.

Menurut Tuan Ibrahim, sehingga kini tiada mana-mana pemimpin sama ada dalam Pas dan UMNO yang mengisytiharkan kerjasama itu sudah berakhir.-AA

Hala Tuju UMNO, Nasib MN Akan Dimuktamad Pada PAU – Ismail Sabri



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker