Wanita Mualaf Ini Bersyukur Cendol Resepi Baba Dan Nyonya Dapat Sambutan

Wanita Mualaf Ini Bersyukur Cendol Resepi Baba Dan Nyonya Dapat Sambutan

Melaka: “Selepas dua tahun ditutup kini Alhamdulillah saya dapat kembali berniaga,” kata mualaf, Nur Liana Abdullah, 55, peniaga cendol di perkarangan Masjid Selat, Pulau Melaka, Bandar Hilir di sini.

Menurutnya, dia bersyukur perniagaan dapat diusahakan semula kerana sebelum ini terpaksa berniaga secara online untuk menjana pendapatan disebabkan pandemik Covid-19.



Nur Liana berkata, resipi cendol Baba dan Nyonya yang dijualnya itu dipelajari sejak kecil sekali gus membolehkannya memperkenalkan hidangan enak termasuk cendol durian, jagung dan pulut.

“Apa yang melegakan kesemua tiga anak termasuk suaminya Rozailey Abd Ghani, 52, turut membantu setiap hari kecuali Rabu kerana kedai tutup,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, sokongan orang ramai dan pelanggan terhadap perniagaannya amat memberangsangkan justeru mendorongnya sentiasa memfokuskan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Masjid Terapung itu.

Dia yang kini menetap di Malim Jaya di sini berkata, bersyukur kerana mampu mengajar mengaji kepada orang ramai.

“Malah, anak keduanya yang sudah tamat pengajian di Yaman dalam Bahasa Arab juga turut membantu,” katanya.-HM



Wanita Mualaf Ini Bersyukur Cendol Resepi Baba Dan Nyonya Dapat Sambutan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker