Anwar Digesa Oleh BERSIH Penuhi Janji Manifesto PH Untuk Lawan Rasuah

Anwar Digesa Oleh BERSIH Penuhi Janji Manifesto PH Untuk Lawan Rasuah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggandakan usaha bagi memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk melawan rasuah dan mengukuhkan integriti institusi utama negara.

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih menerusi kenyataannya, Pengerusi PH itu dan kabinet baharunya perlu segera mengutamakan tindakan bagi menghapuskan sebarang keraguan campur tangan kes mahkamah dan konflik kepentingan.



Antara tiga tindakan yang dicadangkanan Bersih adalah menjadikan Peguam Cara Negara untuk mengambil peranan Pendakwa Raya dengan segera.

Ia sehingga pindaan perlembagaan dibuat untuk memisahkan peranan tersebut daripada Peguam Negara.

“Kedua, menggalakkan kestabilan politik dan pemantauan parlimen dengan memberikan peranan bermakna kepada Pembangkang dan backbencher Kerajaan dalam kabinet bayangan dan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK).

“Ia termasuk dengan gaji yang selayaknya, sokongan kajian polisi dan akses kepada maklumat kerajaan kepada menteri bayangan serta pengerusi dan timbalan pengerusi JPK, katanya.



Selain itu, mereformasi proses pelantikan dan pemecatan pegawai awam utama seperti Pengerusi SPRM, SPR dan Pesuruhjaya SUHAKAM.

Jelasnya, proses ini perlu dibebaskan daripada eksekutif dan dimasukkan peranan Parlimen, masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang lain yang lebih bermakna.

Bersih juga jelasnya akan terus menjadi suara non-partisan dan akan terus mendesak reformasi yang akan memperkukuhkan demokrasi negara. AA

Anwar Digesa Oleh BERSIH Penuhi Janji Manifesto PH Untuk Lawan Rasuah



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker