Lelaki tangkap buaya 1 tan seorang diri

Lelaki tangkap buaya 1 tan seorang diri

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 53 tahun di Sulawesi Tenggara menangkap seekor buaya sepanjang 4 meter dan berat 1 tan seorang diri ketika terserempak dengan reptilia itu di dalam sebuah kebun, lapor laman berita Tribunnews.

Lelaki dikenali sebagai Usman itu merupakan penduduk Desa Ambuau Indah, Kecamatan Lasalimu Selatan di Kabupaten Baton. Menurutnya, dia menangkap buaya itu dengan menggunakan tali.

“Saya terserempak dengan buaya ini ketika melalui kebun dan kebetulan saya membawa tali.

“Saya ikat ekornya terlebih dahulu sebelum menarik lebihan tali untuk dililit pada sebatang pokok. Selepas ikatannya kemas, barulah saya mula mengikat anggota badan yang lain,” ujar Usman.

Menurut Usman, dia mengambil masa sejam untuk benar-benar memerangkap haiwan itu dalam ikatan tali yang kukuh.

Tambahnya, buaya itu sudah beberapa kali dikesan muncul di kawasan kediaman dan ia datang dari Sungai Malaoge yang merupakan lokasi binatang bias itu membiak. K Online

Lelaki tangkap buaya 1 tan seorang diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker