Potong gelang Covid-19, remaja dikompaun RM5,000

 

 

PETALING JAYA: Padah potong gelang kuarantin berwarna merah jambu untuk pergi ke rumah kawan, seorang remaja dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 dalam kejadian di Jalan Permatang Damar Laut, Balik Pulau, Pulau Pinang.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, AA. Anbalagan berkata, pihaknya menahan pelajar tingkatan empat pukul 2.50 pagi selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Anbalagan berkata, hasil siasatan mendapati remaja yang masih bersekolah itu dalam perjalanan ke rumah rakannya.

Kecewa kerajaan PN gagal tangani Covid-19



“Lelaki berusia 16 tahun itu mengaku tinggal di rumah rakannya dan hasil pemeriksaan mendapati gelang kuarantin berwarna merah jambu miliknya dipotong serta disimpan dalam beg sandang

“Pihak polis telah keluarkan notis kompaun berjumlah RM5,000 ke atas lelaki itu susulan didapati ingkar arahan Subseksyen 22(b) Akta 343 iaitu individu di bawah pesakit bawah siasatan (PUI) enggan menjalankan kuarantin,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo.

Terdahulu tular di media sosial hari ini apabila beberapa keping gambar remaja berkenaan sedang diperiksa anggota polis dimuat naik di laman sosial Facebook.

Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham



Potong gelang Covid-19, remaja dikompaun RM5,000

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker