Eina Azman : Saya ada masalah kesihatan yang terlalu peribadi

Eina Azman : Saya ada masalah kesihatan yang terlalu peribadi

Eina Azman : Saya ada masalah kesihatan yang terlalu peribadi

PETALING JAYA – Selebriti Datin Paduka Eina Azman akhirnya membuka mulut, memohon maaf berhubung kontroversi ‘potong Q’ dan mendapat layanan istimewa bagi suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Eina atau nama lengkapnya, Ainur Syakina Azman, 26, berkata, dia dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden juga tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya dalam media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat,” katanya.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, terlalu peribadi untuk berkongsi masalah kesihatannya kepada umum.

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja,” ujarnya.

Jelas Eina, tindakannya memadam hantaran daripada Instagram kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

“Justeru, saya memadam posting (hantaran) daripada paparan dalam Instagram bagi mengelakkan isu itu daripada bertambah rumit.

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Eina dan suami, menggunakan jalan pintas bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perah.

Selang sehari selepas laporan berkenaan, pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan Eina dan suami menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di hospital itu kelmarin.

Pengarah hospital berkenaan, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka. K Online

Eina Azman : Saya ada masalah kesihatan yang terlalu peribadi

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Eina Azman, suami potong ‘Q’ cucuk vaksin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker