Kes Pecah Amanah Syed Saddiq, bebas atau bela diri jumaat ini penentunya

KUALA LUMPUR – Nasib Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan iaitu subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram akan diketahui Jumaat.

Keputusan sama ada Syed Saddiq dilepas atau dipanggil membela diri akan ditentukan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, selepas mahkamah selesai mendengar hujahan lisan daripada pendakwaan dan pembelaan sebelum ini.

Sekiranya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie, bermakna Syed Saddiq akan menjalani proses bela diri manakala jika sebaliknya Syed Saddiq akan dilepas dan dibebaskan.



Sepanjang prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes perbicaraan selepas 30 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu, antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan adalah ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Selain itu turut menjadi saksi pendakwaan ialah bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.



Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq; Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Mengikut pertuduhan Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker