Persatuan Iban buat laporan polis terhadap ‘DurianKimchi’

Persatuan kebudayaan dan kesenian masyarakat Iban membuat laporan polis terhadap selebriti media sosial Ryzal Ibrahim yang didakwa mempersendakan pakaian tradisional mereka, Ngepan Iban.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Tajai (Tajai) Sarawak, Themotty Jagak menyifatkan tindakan Ryzal seperti mempersendakan, membuli serta menjatuhkan imej Ngepan.

“Saya mewakili persatuan Tajai amat kecewa serta berasa terhina atas perbuatan itu kerana individu tersebut berani menyuarakan pandangan tanpa memikirkan implikasi kepada kaum lain dan menyalahgunakan hak kebebasan bersuara melalui media semata-mata bertujuan untuk menyakiti perasaan kaum lain,” katanya dipetik Utusan Borneo Online.

Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis

Semalam, Ryzal memuat naik rakaman video berdurasi 58 saat melalui platform media sosialnya Duriankimchi menunjukkan isterinya, Maryam You Na- rae yang sedang disolek sambil memakai Ngepan – untuk sebuah program.

Pemilik nama penuh Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, itu kemudian melontarkan kata-kata disifatkan biadab oleh segelintir netizen apabila dia menyamakan pakaian tradisional tersebut seperti kain buruk dan langsir.

 

Maryam pada ketika itu pula menjawab: “Ini adalah pakaian buatan tangan.”

Namun, Ryzal telah menurunkan video terbabit dari platform media sosialnya selain memohon maaf di Instagram.

Themotty berkata, tindakan Ryzal itu telah mencalarkan maruah dan mengguris perasaan masyarakat Iban di negeri ini apabila menghina ‘Ngepan’ iaitu pakaian tradisional Iban yang menjadi warisan dan identiti kebanggaan bangsanya.

“Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah tidak mahu perkara seperti ini berulang kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia dan untuk diambil tindakan polis,” katanya.

Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham

Tuntut permohonan maaf terbuka

Sementara itu, Pengerusi Kelab Kesenian dan kebudayaan Dayak Sibu (Kemada) Jackery Hillary Chukan memberitahu pihaknya menjejaki akaun Facebook milik Ryzal Ibrahim pada malam tadi.

Katanya, mereka mendapati Ryzal pada awal memuatnaik video tersebut menerusi saluran Youtube Channel Duriankimchi TV.

“Kami sebagai persatuan Dayak yang mengekalkan adat dan tradisi Iban tidak berpuas hati dengan komen-komen yang dilemparkan oleh Ryzal kerana menghina pakaian tradisional kami orang Iban,” katanya.

Jackery menganggap kata-kata Ryzal menerusi video terbabit adalah satu bentuk buli siber dan Kemada tidak dapat menerima kenyataan maaf yang dikeluarkan olehnya di laman sosial.

Sebaliknya, jelas Jackery, Ryzal harus membuat kenyataan media secara terbuka dan menyatakan dia memohon maaf kerana menghina dan mempersendakan pakaian tradisional Iban.

“Apa yang dia cakap mengguris perasaan kaum Iban dan boleh mencetus serta menggugat ketenteraman awam. Oleh itu, Kemada mahu pihak polis mengambil tindakan lanjut terhadap Ryzal,” katanya.

Kecewa kerajaan PN gagal tangani Covid-19

Persatuan Iban buat laporan polis terhadap ‘DurianKimchi’

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rakyat Malaysia kecewa, keliru janji temu vaksin MySejahtera

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker