Eina Azman, suami potong ‘Q’ cucuk vaksin?

Eina Azman, suami potong ‘Q’ cucuk vaksin?
Eina Azman, suami potong ‘Q’ cucuk vaksin?

Campak baju, nampak kurap. Barangkali pepatah tersebut sesuai menggambarkan apa yang tular sejak malam tadi.

Sekali lagi, selebriti tempatan mencetuskan kontroversi selepas pelakon Datin Eina Azman dikatakan potong barisan bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin apabila dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden dilihat berada sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Eina atau nama lengkapnya, Ainur Syakina Azman, 26, berkongsi satu hantaran status di Instagram memaparkan dirinya dan suami dikatakan berada di sebuah hospital selepas selesai disuntik vaksin.



Bagaimanapun, selepas dipersoalkan netizen bagaimana dirinya boleh mendapat ‘jalan pintas’ suntikan vaksin sedangkan dia dan suami bukan tergolong dalam petugas barisan hadapan, ibu kepada dua cahaya mata itu bertindak memadam hantaran terbabit.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama vaksin. Tak sakit pun. Dua jam sebelum dicucuk Eina makan panadol dulu.

“Untuk Eina, pening kepala sikit selepas suntikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

“Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas suntikan vaksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” tulis Eina.



Difahamkan, Eina dan suami mendapatkan suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh berdasarkan foto yang dikongsikan yang tidak kelihatan seperti tempat vaksinasi awam.

“Memang ‘confirm’ ambil (vaksin) di Ipoh. Padahal orang Ipoh ambil dekat stadium kot. Kau (Eina) terus ambil dekat hospital terus. Dasar kayangan,” ciap seorang pengguna Twitter bersertakan dua keping foto dia dan suami disuntik vaksin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis vaksin yang diberikan kepada Eina dan suami sama ada Pfizer atau vaksin lain seperti AstraZeneca yang kebiasaannya untuk golongan kebanyakan. K Online

Eina Azman, suami potong ‘Q’ cucuk vaksin?


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Zarina dikecam rentas negeri semata-mata sedut lemak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker