75 peratus kes baharu COVID-19 UK adalah varian India

LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, semalam berkata hampir separuh dan mungkin tiga perempat daripada kes jangkitan direkodkan di Britain berpunca daripada varian India.

Bercakap kepada pemberita di Downing Street, beliau berkata peningkatan kes itu sudah dijangka menerusi kerangka hala tuju yang dibuat sebelum ini, justeru semua pihak perlu terus berwaspada.

Susulan 3,542 lagi individu yang disahkan positif di Britain dalam tempoh 24 jam iaitu perangkaan tertinggi sejak pertengahan April lalu, Hancock berkata kerajaan bertekad untuk terus melindungi nyawa rakyat daripada terkena jangkitan virus berkenaan.



Bagaimanapun, katanya, pemberian vaksin ketika ini terbukti berjaya memutuskan penularan kes dan kadar pesakit yang dimasukkan ke hospital.

“Justeru, orang ramai diminta untuk mengambil vaksin apabila ditawarkan supaya tiada lagi sekatan pergerakan perlu dikenakan bagi membendung COVID-19.

Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara



“Peningkatan kes ketika ini dilaporkan berlaku di lokasi ‘panas’ yang sedang menjalani saringan dan pemberian vaksin giat dilakukan.

“Tiga daripada empat orang dewasa ketika ini mempunyai sistem pertahanan badan, dengan kes vaksin mampu mengurangkan kira-kira 200 kes kematian dan 600 pesakit yang dimasukkan ke hospital, minggu lalu,” katanya.

Ditanya mengapa sekatan pergerakan dilonggarkan meskipun wujud kebimbangan risiko penularan varian dari India, Hancock berkata keadaan semasa sentiasa dipantau, namun vaksin dilihat berkesan menentang jangkitan varian baharu itu.

Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom, Dr Jenny Harries, berkata wujud penurunan kes secara mendadak dan berterusan dari pertengahan Januari, namun data semasa menunjukkan kes mungkin meningkat.



Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, semalam dilaporkan berkata data semasa menunjukkan tiada sebab kenapa perintah berkurung tidak boleh ditamatkan selepas 21 Jun depan.

“Seperti saya ulangi banyak kali, tiada apa-apa dalam data yang membuktikan bahawa kita perlu beralih daripada hala tuju asal, tetapi kita mungkin perlu tunggu,” katanya ketika melawat sebuah hospital. – AGENSI

Menteri Pelancongan Turut Komen Kontroversi Ryzal DurianKimchi Perli Pakaian Iban



75 peratus kes baharu COVID-19 UK adalah varian India

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


PKPD: Kenyataan ‘pedas’ buat pengusaha nasi vanggey



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker