PKPD: Kenyataan ‘pedas’ buat pengusaha nasi vanggey

Sebaran :

Perak terkenal dengan makanannya, terutama nasi vanggey dan nasi ganja.

Bagaimanapun Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di empat mukim – Hulu Perak, Larut, Matang dan Selama, Kinta dan Muallim – bermula Sabtu lepas sedikit sebanyak memberi impak kepada peniaga.

Pemilik Restoran Nasi Vanggey di Greentown, Azlan Shah, berkongsi keluhannya tentang ketiadaan pelanggan berikutan arahan PKPD di mukim Kinta, Ipoh.

“Kami hilang pelanggan hampir 70% walaupun premis ini berdekatan dengan pejabat dan pusat membeli belah.

“Pekerja juga dikurangkan kepada 14 orang daripada 24 orang berikutan beberapa sebab iaitu pekerja takut untuk bekerja ketika pandemik ini dan terlalu ramai pekerja di sesebuah premis”, katanya.

Azlan juga menambah, namun begitu, perkhidmatan Foodpanda dan GrabFood di premis ini agak memberangsangkan mungkin juga kerana faktor lokasi yang agak sibuk.

“Sebelum ini, kami juga ada melakukan penghantaran makanan ke rumah oleh pihak kami, namun, kerana kekurangan tenaga kerja dan kebimbangan pekerja yang terdedah dengan orang ramai menyebabkan kami tidak menyambungkannya semula.

Tommy Thomas, Sri Ram bersubahat aniaya saya – Rosmah

“Kami mampu bertahan untuk sebulan, namun, jika lebih daripada itu, kami tidak mampu untuk membayar sewa dan pekerja. Jika ada bantuan moratorium, pasti ia akan menyenangkan kami.

“Kami semua sebagai peniaga pasrah dengan kerugian dan akur dengan arahan PKPD ini, tapi kami harap sangat virus ini dapat dihapuskan dengan serta-merta,” tambahnya lagi.

Sementara itu, pemilik Restoran Nasi Vanggey di Silibin yang hanya mahu dikenali sebagai Sena memberitahu Malaysiakini, premisnya kehilangan banyak pelanggan kerana rata-rata mereka bekerja daripada rumah dan tidak keluar membeli makanan.

“Kami buka premis pada pukul lapan pagi hingga lapan malam dan ia benar-benar terjejas apabila kurang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli makanan dan minuman.

“Perkhidmatan Foodpanda dan Grab juga tidak terlalu membantu, mungkin kerana mereka pilih untuk memasak sendiri di rumah atas arahan bekerja di rumah ketika PKPD ni,”

Laksana segera PKP penuh untuk cegah COVID-19

Dia bagaimanapun berkata faham dan akur dengan arahan kerajaan dan masih bersyukur kerana masih diberi peluang beroperasi ketika PKPD.

Sementara itu, pembantu kedai Restoran Nasi Vanggey di Jalan Labrooy, Taman Idris yang hanya mahu dikenali sebagai Nazrul pula berkongsi keluhannya kerana perniagaan mereka kurang mendapat sambutan.

“Pelanggan yang masuk ke premis kami untuk membungkus makanan dan minuman sangat sedikit dan kurang mendapat sambutan.

“Premis buka dari pukul lapan pagi sehingga kini, pukul 12 tengah hari baru ada satu tempahan makanan dari FoodPanda,” katanya. MK

Gara Gara Kes Neelofa?? Pembantu Penerbit TV Salah Taip Seremban di Selangor.

PKPD: Kenyataan ‘pedas’ buat pengusaha nasi vanggey

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Vaksin Covid-19: Contohi AS, UK turunkan kes melalui pemberian meluas

 


Sebaran :

Leave a Reply