Pemandu lori rogol kanak-kanak 12 tahun diberkas

Pemandu lori rogol kanak-kanak 12 tahun diberkas

Seorang lelaki disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang baharu beberapa jam dikenali dalam aplikasi WeChat pertengahan Ogos lalu diberkas polis.

Dalam kejadian 17 Ogos, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel dan merogolnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berumur 20 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu tiri pengadu berumur 32 tahun.

“Pada Rabu lalu, kira-kira 6 petang, pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menangkap seorang lelaki di Jalan Batu Nilam 35D, Bandar Bukit Tinggi, Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu mengaku terbabit dalam kes yang disiasat.

“Siasatan mendapati suspek yang baharu beberapa jam mengenali mangsa menerusi aplikasi itu membawa mangsa ke sebuah hotel dan merogolnya di situ pada 17 Ogos lalu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Shamsul Amar berkata, menurut laporan yang dibuat ibu tiri mangsa, anak tirinya keluar rumah pada hari berkenaan dan pulang keesokan hari.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Pengadu bertanya kepada anak tirinya dan dia mengaku berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi WeChat dan suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Batu Unjur 1, Taman Bayu Perdana, Klang.

“Mangsa diberi minum air sehingga tidak sedarkan diri, pengadu mengesyaki anak tirinya dirogol atau berlaku sesuatu yang tidak diingini.

“Kemudian pengadu membuat laporan untuk pemeriksaan hospital dan tindakan lanjut,” katanya.

Susulan itu katanya, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 8 September ini.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Pemandu lori rogol kanak-kanak 12 tahun diberkas

Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker