Diana Danielle dapat pengganti?

Diana Danielle dapat pengganti?

Pelakon Diana Danielle, 32, yang baru bercerai dengan bekas suami juga pelakon, Farid Kamil, 42, pada 10 Ogos lalu, menarik perhatian netizen di akaun media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Diana memuat naik tiga keping fotonya di sebuah restoran dengan memegang tangan seseorang yang sekali gus membuat netizen terhibur.

Ini kerana, tangan dipegang pelakon filem Imaginur itu adalah rakan wanitanya, namun segelintir netizen tetap meminta Diana menghormati tempoh edah yang masih baharu.

Tampil menggayakan ‘dress’ tanpa lengan berwarna gabungan merah putih dengan kapsyen foto ditulis, ‘you’re on a date with me’ (awak sedang ‘dating’ dengan saya), nyata membuat netizen tertarik menulis pelbagai komen.

Rata-rata netizen ada menegur Diana agar dia menjaga tempoh edah, batas pergaulan serta status diri sebagai ibu tunggal.

“Jaga edah, kita ini orang Islam,” tulis seorang netizen.

“Dah tentu-tentu tangan kawan perempuan dia,” tulis seorang lagi warga maya.

“Alahai, janganlah ‘pembaris’ sangat, ini idea-idea content saja,” kata netizen.

“Subhanallah, cantiknya macam anak dara,” tulis warganet di ruangan komen.

Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson sah bercerai talak satu dengan Farid secara atas talian (online) di aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Kemelut rumah tangga pasangan yang berkahwin selama 11 tahun ini mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk perceraian itu.

Pasangan Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. HM

Diana Danielle dapat pengganti?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker