3 lelaki kongsi katil bujang, bergilir tidur demi sewa pangsapuri sempit

Tiga lelaki itu sepakat menyewa flat sempit satu bilik kerana mahu berjimat. – SCMP

BEIJING – Kisah tiga pemuda di Shanghai, China yang terpaksa berkongsi katil untuk menyewa sebuah pangsapuri sempit mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai kegawatan ekonomi di negara itu, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Ketiga-tiga lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu memutuskan untuk berkongsi sebuah unit pangsapuri  kecil dengan bayaran AS$125 (RM587) sebulan yang hanya mempunyai tandas, bilik tidur kecil dan balkoni.

Ia juga mempunyai kelengkapan asas seperti sebuah katil bujang, almari pakaian, set meja dan pendingin hawa.

Menurut video yang disiarkan oleh Star Video, ketiga-tiga lelaki itu bekerja pada masa yang berbeza dalam sehari.



Ia membolehkan mereka menggunakan katil untuk tidur pada waktu berbeza sementara yang lain keluar bekerja.

Meskipun harga sewa pangsapuri itu sudah dikira murah, mereka masih cuba mengurangkan bayaran sebanyak AS$13 (RM65).

Ejen rumah tersebut tidak mengesahkan sebarang perubahan harga tetapi menurutnya, sewa sebanyak AS$125 (RM587) sudah sangat berpatutan.

“Kami akan mengambil ini (menyewa rumah) jika harga sewa menurun kepada AS$125 (RM587),” kata salah seorang lelaki itu.



“Bagaimana anda akan berkongsi katil?” tanya ejen berkenaan.

“Tidak mengapa, kami mempunyai syif bekerja berbeza jadi kami akan bergilir-gilir tidur,” jawab lelaki berkenaan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker