Anwar di Johor, tinjau keadaan banjir

Anwar di Johor, tinjau keadaan banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, dekat sini.

Anwar yang tiba kira-kira 11.20 pagi di PPS berkenaan, meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu mangsa banjir di PPS itu yang menempatkan 125 penduduk daripada 32 keluarga.

Selain beramah mesra dan bertanya khabar, beliau turut meninjau ruangan aktiviti psikologi pendidikan untuk anak-anak mangsa banjir yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketibaan beliau mengujakan penghuni PPS termasuk warga emas dan anak muda, yang ternyata gembira dapat melihat dengan lebih dekat wajah pemimpin nombor satu negara itu.

Terdahulu, Anwar mendengar taklimat situasi semasa bencana banjir di daerah itu di Kem 4, Rejimen Artileri Diraja, Segamat.

Beliau dijadual melawat mangsa banjir PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah, yang menempatkan 502 penduduk dari 133 keluarga.

Setakat jam 8 pagi tadi, mangsa banjir di Johor meningkat kepada 44,860 orang dengan Batu Pahat paling teruk terjejas.

Banjir di Johor turut mengakibatkan empat orang terkorban setakat ini.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50 juta kepada Johor bagi membantu mangsa banjir serta keperluan segera di negeri itu. BH

Anwar di Johor, tinjau keadaan banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker