Intan Najuwa dapat A subjek ‘law’, buat netizen ternganga

 

PETALING JAYA – Pelakon cantik Intan Najuwa mencuri perhatian peminatnya apabila berkongsi keputusan cemerlang yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir semester baru-baru ini.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya.



Dalam hantaran tersebut, pelakon bertubuh kecil molek itu telah memuat naik keputusan yang tertera keputusan ‘A’ dan ‘A-‘ bagi dua subjek iaitu Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Kontrak

“Semua hasil tidak tidur malam berbalas. Jom mara ke semester seterusnya,” kongsi Intan dalam ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, perkongsian pelakon drama Tuan Danial itu turut mendapat pujian dan kata-kata positif dalam kalangan peminatnya turut berkongsi rasa gembira dengan kejayaan pelakon tersebut.

Malah, ramai juga yang kagum dengan keputusan yang diperolehi Intan memandangkan subjek yang diambilnya bukannya mudah.



“Undang-Undang Jenayah? Bukan calang-calang,” komen salah seorang pengikutnya.

“Aku belajar Undang-Undang Perniagaan pun pecah kepala. Belum lagi kena belajar Undang-Undang Jenayah,” kata seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Intan kini sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Undang-Undang di kolej BAC di Singapura sejak Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik



Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker