Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai masa depan ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi akhirnya terjawab selepas atlet itu mengumumkan persaraannya daripada dunia gimnastik selepas 25 tahun menceburi sukan tersebut.
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.
“Selepas 25 tahun dalam sukan ini, akhirnya saya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada karier sebagai gimnas yang bertanding.

“Sepanjang perjalanan ini dalam mencapai impian dan matlamat saya serta bertanding dalam temasya Olimpik, saya amat bersyukur dapat bersara mengikut terma-terma saya,” ujarnya.

Tambah Farah Ann, meskipun bersara sebagai seorang atlet, dia masih akan terlibat dalam dunia sukan.
“Gimnastik sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya kerana ia akan kekal sebagai minat saya. Diharapkan, saya boleh menyumbang kepada sukan ini yang telah banyak membantu saya,” katanya.

Bintang gimnas itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebab-sebab di sebalik keputusannya untuk bersara.

Sebelum ini, persoalan mengenai persaraannya tercetus selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.
Menurut laporan Astro Arena pada awal Mac lalu, jurulatihnya, Ng Shu Wai mengesahkan bahawa Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak pertengahan Februari.
“Farah Ann baru-baru ini memaklumkan kepada kami bahawa dia memilih untuk berhenti dan setakat ini, kami rasa kami perlu menerima keputusan itu.
“Kerana dia sudah banyak kali berbincang dengan kami dan kami juga sudah menerima keputusannya sejak dua minggu lalu,” kata Shu Wai kepada Astro Arena.
Sebelum ini, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril turut dilaporkan berkata bahawa Farah Ann mungkin mempertimbangkan untuk bersara kerana faktor usia atau kecederaan.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker