Sertai Famili Duo dalam keadaan hamil, Tom lali dengan kecaman

Sertai Famili Duo dalam keadaan hamil, Tom lali dengan kecaman

Penyanyi, Tom tidak ambil pusing kecaman netizen yang tidak senang melihat dia menyertai Famili Duo dalam keadaan hamil.

Kata Tom, dia dan suami, Fuad Rahman akan tetap dengan keputusan menyertai program realiti tersebut dan berlapang dada menerima kritikan netizen kelak.



“Kecaman berlaku lebih-lebih terhadap penyanyi mengandung yang membuat persembahan atas pentas.

“Saya dah lali dan terbuka menerima kecaman sejak saya kembali ke dalam industri seni tahun lepas.

“Tak mengapa, kecaman tidak membawa seseorang itu ke mana-mana. Saya cuma nak cari makan,” katanya.

Tom dan Fuad adalah antara pasangan yang bakal berentap dalam program Famili Duo musim ke-3 bermula 15 Oktober depan.



Ujar Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, sebelum ini dia pernah sarat mengandung namun masih aktif menyanyi depan orang ramai.

“Itu dulu, ketika usia muda. Saya tak nak cakap besar.

“Cuma saya nak jadikan pengalaman itu sebagai bekalan ke pertandingan Famili Duo nanti,” jelasnya yang turut mendapatkan nasihat doktor sebelum bersetuju menyertai Famili Duo kali ini.

Dalam masa sama, Fuad memaklumkan tidak memaksa dan menyenangkan Tom sepanjang penglibatan mereka dalam program yang ditayangkan di TV3 itu nanti.



“Dia sering muntah, tapi masih ada selera makan.

“Saya nak senangkan dia. Tak mahu paksa. Kalau dia tak larat berlatih, saya lebih mahukan dia berehat,” kongsinya. Utusan

Sertai Famili Duo dalam keadaan hamil, Tom lali dengan kecaman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker