Tinjauan: SST menaikkan kos perniagaan sehingga 10 peratus

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyebabkan kos operasi meningkat sebanyak sepuluh peratus, menurut kajian oleh Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier).

Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai berkata lebih lapan dalam 10 perniagaan membuat kesimpulan yang sama, lapor The Star hari ini.

“Faktor utama bagi kos yang lebih tinggi, menurut 36 peratus daripada responden, ialah kadar SST pada bahan mentah, komponen dan perkhidmatan adalah lebih tinggi daripada GST.

Dari segi pelaksanaan, isu teknikal utama yang dihadapi kebanyakan responden, atau 39 peratus, adalah kekurangan penjelasan penggunaan prosedur untuk pengecualian,” kata Soh.



Perniagaan juga dalam keadaan berwaspada untuk sepanjang 2019, kajian itu mendapati, dengan kebanyakannya menjangkakan penurunan dalam separuh pertama tahun ini.

Nampaknya Pakatan Harapan telah menipu rakyat Malaysia bila mengatakan GST adalah penyebab kenaikan harga barang.

Related Articles

One Comment

  1. Guang eng menipu lah aku pergi kedai apek ramai merugut barang mereka tak laku malah ada stok lama banyak terpaksa jual murah, stok baru tak berani ambil dalam kuantiti yg banyak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker