Tee Keat, Kayveas, Khalid Yunos, antara 14 calon ‘otai’ buat ‘comeback’

SHAH ALAM – Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat merupakan antara 14 calon pemimpin ‘heavyweight’ atau ‘otai’ yang dikenal pasti membuat kemunculan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sama ada atas tiket parti baharu atau bertanding bebas.

Menyertai Parti Warisan (Warisan) setelah lima tahun menyepi dari dunia politik, Tee Keat, 65, yang pernah menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 bakal mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang turut membuat ‘comeback’ di kerusi Parlimen Pandan setelah hampir sepenggal tidak aktif berpolitik.

Kerusi yang sebelum ini disandang Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru yang turut ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Leong Kok Wee, calon Perikatan Nasional (PN) Farique Zubir dan Nadia Hanafiah (Gerakan Tanah Air).



Selain Tee Keat, nama pemimpin veteran terkemuka yang turut mencuri perhatian adalah Timbalan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Perkasa), Tan Sri Mohd Khalid Yunos, 79, yang mengesahkan namanya untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol.

ONG TEE KEAT
ONG TEE KEAT

 

Merupakan bekas timbalan menteri BN di empat kementerian pada tahun 1986 hingga 2003, Mohd Khalid bakal berdepan cabaran pertandingan empat penjuru daripada Affendy Salleh (PN), Datuk Shamshul Kahar Mohd Deli (BN) dan Norwati Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Parlimen Jempol kini menjadi ‘panas’ susulan bekas penyandangnya iaitu Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Salim Sharif telah digugurkan daripada senarai pencalonan BN sempena PRU15.



Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Dr Ibrahim Ali dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mashitah Ibrahim daripada BN juga mengejutkan ramai pemerhati politik apabila mengumumkan kembali bertanding di kerusi Parlimen Rantau Panjang dan Kuala Kedah.

Bertanding atas tiket bebas dan hilang deposit pada PRU14, Ibrahim bakal berdepan saingan lima penjuru, manakala keputusan BN Kedah menamakan kembali Mashitah sebenarnya menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan penyokong parti itu sendiri.

KHALID YUNUS
KHALID YUNUS

 

Di kerusi Kuala Kedah, Mashitah berdepan cabaran besar untuk mengenepikan pengaruh penyandangnya, Dr Azman Ismail (PH) selain tentangan Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin; bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mewakili PN dan Syed Araniri Syed Ahmad (Warisan).



Satu lagi nama pemimpin ‘otai’ besar yang kembali merancakkan politik tanahair adalah bekas Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas yang membuat keputusan mengejut untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat atas tiket Bebas.

Kali terakhir beliau bertanding adalah pada tahun 2008 apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tumpas di kerusi Taiping, di tangan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dengan majoriti 11,298 undi.

Di kerusi majoriti pengundi Cina itu, Kayveas dijangka berdepan saingan empat penjuru untuk merampas kerusi disandang Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

Untuk bekas pemimpin PH pula, Sinar Premium mengenal pasti empat bekas Ahli Parlimen DAP dan PKR yang sah bertanding pada PRU15 iaitu Jeff Ooi Chuan Aun, Ong Chin Wen dan Wee Choo Keong (Warisan) manakala Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR menamakan diri sebagai calon Parlimen Batu atas tiket Bebas.



M KAYVEAS
M KAYVEAS

 

Jeff Ooi merupakan bekas Ahli Parlimen Jelutong yang tidak dicalonkan DAP pada PRU14 dan bakal bertanding di kerusi Parlimen Bayan Baru, manakala Chin Wen pula merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah dan bakal mencuba nasib di kerusi Parlimen Batu Kawan.

Choo Keong pula pernah menjadi Ahli Parlimen Ampang Jaya mewakili PKR sekitar tahun 2008 dan bakal bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Satu lagi nama penting yang kembali membuat kemunculan semula pada PRU15 adalah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang mengesahkan diri bertanding di kerusi Parlimen Petaling Jaya menggunakan tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).



Pada masa sama, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dan Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik tanah air buat pertama kalinya diberi ruang bertanding pada PRU15 oleh BN atas persefahaman ‘Friends Of BN’.

Syed Ibrahim dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Puchong, manakala Thanenthiran bakal mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Sejumlah 945 calon disahkan menyerahkan borang pencalonan mereka bagi bertanding di 222 kerusi Parlimen.

EZAM MOHD NOOR
EZAM MOHD NOOR

 



INFO

Senarai calon ‘otai’ buat ‘comeback:

1) Tan Sri Ong Tee Keat – Pandan (Warisan)

2) Rafizi Ramli – Pandan (PKR) * PRU14 tidak bertanding

3) Datuk Dr Ibrahim Ali – Rantau Panjang (GTA)

4) Dr Mashitah Ibrahim – Kuala Kedah (BN)

5) Tan Sri Khalid Yunos – Jempol (GTA)

6) Jeff Ooi Chuan Aun – Bayan Baru (Warisan)

7) Datuk Seri R S Thanenthiran – Nibong Tebal (BN)

8) Wee Choo Keong – Wangsa Maju (Warisan)

9) Tian Chua – Batu (Bebas) * PRU14 tidak bertanding

10) Datuk Najmuddin Elias – DUN Batu Kurau (PN)

11) Tan Sri M Kayveas – Ipoh Barat (Bebas)

12) Ong Chin Wen – Batu Kawan (Warisan)

13) Datuk Ezam Mohd Nor – Petaling Jaya (Parti Rakyat Malaysia)

14) Datuk Syed Ibrahim Kader – Puchong (BN)

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker