BN akan menang kesemua 17 kerusi DUN di Negeri Sembilan – Tok Mat

Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri bulan depan, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata kerusi itu adalah 16 DUN dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan satu lagi kerusi di DUN Lenggeng yang disandang oleh Suhaimi Kassim daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

“Di atas kertas BN bertanding 16 kerusi DUN, tetapi telah dipersetujui Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang) telah membuat keputusan kerusi DUN Lenggeng diberikan kepada BN.



“Tiada dakwa lagi, itu sebabnya saya katakan bahawa keputusan Majlis Presiden itu muktamad.

“Siapa nak cakap apa, cakaplah melainkan jika ada orang cuba menelan semula dia punya janji,” katanya ketika berucap pada Majlis Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di Kuala Pilah hari ini.

Mohamad yakin BN mampu memenangi kesemua kerusi ditandingi nanti dengan persiapan jentera yang lancar dan dibantu jentera parti dari Johor dan Melaka pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyarankan semua jentera parti agar mengenal pasti ‘DNA’ lokaliti pengundi di semua pusat daerah mengundi (PDM) bagi mengukuhkan gerak kerja dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.



Media semalam melaporkan Amanah Negeri Sembilan mengumumkan kekal bertanding di tiga kerusi DUN pada PRN kali ini iaitu di DUN Klawang, Lenggeng dan Paroi.

Pada PRU14, Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi DUN, menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga).

BN pula memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker