Tentera US lari ke Korea Utara minta perlindungan

Travis King mendakwa ditindas dan di aniaya oleh tentera Amerika

Tentera US lari ke Korea Utara minta perlindungan

SEOUL: Korea Utara mendakwa askar Amerika Syarikat (AS), Travis King, mahu mendapatkan perlindungan di sana atau di negara ketiga kerana dianiaya, dilayan tanpa perikemanusiaan dan menjadi mangsa penindasan kaum dalam tentera AS.

Media kerajaan negara itu berkata demikian dalam kenyataan umum pertama oleh Pyongyang mengenai King yang memasuki negara itu dengan menyeberang dari Korea Selatan pada 17 Julai.

King meluru ke Korea Utara selepas menyelinap menyertai lawatan bersama orang awam di Kawasan Keselamatan Bersama (JSA) di sempadan yang menjadi kubu kuat antara kedua-dua Korea, ketika mahu dibawa pulang ke AS.



Pegawai AS berkata mereka percaya King menyeberangi sempadan dengan sengaja, dan setakat ini menolak untuk mengiktiraf statusnya sebagai tawanan perang.

Penyiasat Korea Utara juga membuat kesimpulan bahawa King memasuki negara itu secara sengaja dan tidak sah, dengan niat untuk tinggal di Utara atau di negara ketiga, kata agensi berita KCNA.

“Semasa penyiasatan, King mengaku dia datang ke Korea Utara kerana melalui penganiayaan yang tidak berperikemanusiaan dan penindasan kaum dalam tentera AS.

“Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk memohon perlindungan di Korea Utara atau negara ketiga, dan mengakui kecewa dengan masyarakat AS yang tidak melayan semua secara sama rata.” lapor KCNA.



KCNA berkata King dikawal oleh tentera Kores Utara selepas dia menyeberang dan siasatan masih dijalankan.

King, menyertai tentera AS pada Januari 2021, adalah Anggota Berkuda dengan Pasukan Bergilir Korea, yang menjadi sebahagian daripada komitmen keselamatan AS untuk Korea Selatan.

Bagaimanapun, penempatan beliau di Korea Selatan diselubungi masalah undang-undang kerana tidak mengikut perintah dan terbabit dalam pergaduhan selepas mabuk.

Semakan dokumen di mahkamah mendapati King menghadapi dua dakwaan tuduhan pergaduhan di Korea Selatan, dan mengaku bersalah atas satu pertuduhan termasuk memusnahkan harta awam kerana merosakkan kereta polis semasa beliau mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap warga Korea.



King sepatutnya menghadapi lebih banyak tindakan disiplin selepas dihantar pulang ke AS.

King selesai menjalani tahanan tentera dan sedang dibawa oleh tentera AS ke lapangan terbang untuk kembali ke AS apabila beliau menghilangkan diri.

King didapati meninggalkan lapangan terbang dan menyertai lawatan pelancong ke kawasan sempadan dan menyeberangi sempadan walaupun terdapat usaha oleh pengawal Korea Selatan dan AS untuk menghalangnya. BH

Tentera US lari ke Korea Utara minta perlindungan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker