Muhyiddin minta jentera PN bergolok bergadai hadapi PRN

GEORGETOWN: Jentera Perikatan Nasional (PN) perlu sedia berkorban apa sahaja, termasuk bergolok bergadai, namun jangan mencuri bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jentera PN perlu mencari jalan dan seharusnya bersedia berkorban bagi memastikan kemenangan gabungan itu serta memastikan gerak kerja yang diatur berjalan lancar.

“Soal kewangan mana-mana yang ada sajalah. Cari duit, kalau tiada duit bergadai bergoloklah…jangan mencuri saja sudahlah. Cari usaha ataupun berkorban apa yang ada. Nak jual tanah, kereta, gadai rumah (usaha), cari duit.



“Habis (nak buat) macam mana? Atau mungkin usaha yang ada sudah cukup kuat, dengan gelombang yang ada kita tak (perlu) buat apa-apa pun, orang yang nak mengundi tahu nak tuju mana, nak pangkah kita.

“Dia tak tengok nama siapa dia (terus) pangkah PN. Nampak senang, tapi itu sepatutnya cara kita urus jentera kita kerja bersama-sama. Jangan bangkitkan perbalahan, jangan bangkitkan soal tak jadi calon,” katanya mengulas soal kewangan gabungan itu dalam menghadapi PRN di enam negeri.

Mengulas lanjut, Muhyiddin, yang juga Presiden BERSATU berkata, jentera PN perlu menjalankan strategi secara sistematik dalam mengenal pasti trend pengundi di satu-satu kawasan, sama ada mereka menyokong gabungan itu atau tidak.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang, di sini, hari ini.



Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, proses pembahagian kerusi dalam PN menjelang PRN akan datang sudah selesai 99 peratus dan segala isu berkaitan akan dimuktamadkan antara parti komponen pada 22 Jun ini.

Beliau mengakui, ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati, terutama membabitkan kerusi yang berpotensi boleh dimenangi sehingga menjadi ‘rebutan’ parti komponen.

“Kalau nak tanya semua puas hati, semua jawab tak puas hati. PAS tak puas hati, BERSATU tak puas hati, GERAKAN memang tak puas hati. Jadi siapa yang puas hati?

“Semua nak tuju kawasan yang boleh menang. Kalau di Pulau Pinang, kita dah tahu, dah dapat baca kawasan mana yang boleh menang. Semua nak pergi situ…yang boleh seorang saja. jadi sudah tentu dua tiga orang tak puas hati,” katanya.



Namun, beliau, yang juga Ahli Parlimen Pagoh yakin, perkara itu dapat ditangani dengan semangat setia kawan dalam kalangan parti komponen, yang mampu bertolak ansur antara satu sama lain demi kemenangan parti.

“Tidak kisah siapa nak bertanding, bertandinglah. Mungkin kali ini kita tiada rezeki, esok kita pula (rezeki bertanding). Dia kena sokong kita, tak kira siapa, itu yang penting.

“Pengalaman lepas Pilihan Raya ke-15 (PRU15), ada keadaan orang kecewa, seminggu dia tak keluar. Tapi akhirnya mereka bekerja kuat balik,” katanya.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker