Saintis gesa kembali pakai pelitup muka di UK

Saintis gesa kembali pakai pelitup muka di UK

LONDON: Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom (UK) supaya kembali memakai pelitup muka berikutan timbul kebimbangan mengenai ‘mutasi’ varian COVID-19 yang baharu.

Mereka menzahirkan kebimbangan mengenai subvarian Omicron, ‘Eris’ yang kini menyumbang satu daripada 10 kes jangkitan di negara ini.



Bilangan pesakit didiagnosis dengan virus itu melonjak daripada anggaran 3.3 bagi setiap 100,000 kepada 7.2 dalam tempoh kurang sebulan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Mirror, semalam.

Satu lagi subvarian baharu yang dirujuk sebagai ‘BA.6’ turut menimbulkan kebimbangan, walaupun ia hanya ditemui di Denmark dan Israel, setakat ini.

Profesor Christina Pagel dari University College London, berkata subvarian terbabit berpotensi mencetuskan ‘gelombang besar.’

“Varian berkenaan mempunyai banyak mutasi baharu yang menjadikannya (sangat) berbeza dengan strain Omicron sebelum ini,” katanya dalam platform X.



Sementara itu dalam ruangan pendapat yang diterbitkan British Medical Journal, minggu ini, Pagel berkata: “Adalah agak meyakinkan bahawa kita telah memasuki gelombang COVID-19 yang lain.”. BH

Saintis gesa kembali pakai pelitup muka di UK

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker