Lelaki dikecam lamar kekasih pada acara pengebumian bapa

LELAKI itu berlutut untuk melamar berhampiran keranda mayat bapa teman wanitanya. – TikTok

CAPE TOWN – Seorang paderi di Afrika Selatan menerima kecaman ramai apabila melamar kekasihnya pada acara pengebumian bapa wanita berkenaan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Video lamaran itu telah dimuat naik pada akaun TikTok bernama @M.Mojela.

Rakaman menunjukkan situasi di sebuah acara pengebumian sedang diadakan, dengan ahli keluarga si mati duduk di hadapan keranda berisi mayat.

Lelaki itu kemudian dilihat membuat lamaran dengan berlutut di hadapan wanita itu yang sedang menitiskan air mata. Lamaran tersebut sedikit terganggu oleh bunyi daripada mikrofon yang dipegang lelaki berkenaan.



“Melamar anak si mati di pengebumian. Mengesat air mata untuk kedua-duanya,’’ demikian menurut keterangan pada video berkenaan.

Seorang daripada tetamu yang hadir menjerit tanda bersetuju kerana terkejut selepas menyedari wanita itu dilamar.

Video itu bagaimanapun menerima banyak reaksi negatif dengan ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak sopan untuk dilakukan.

“Tidak (melamar) ketika majlis pengebumian. Saya akan berkata tidak. Beri peluang saya menghormati orang yang saya sayangi,” kata seorang netizen.



Usaha paderi itu bagaimanapun berhasil apabila teman wanitanya menyarungkan cincin yang dihulurkan. – Agensi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker