DAP percaya Anwar, tiada kerjasama PKR-UMNO

 

 

ISKANDAR PUTERI: DAP yakin bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada rancangan kerjasama rahsia dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bagi menubuhkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo yakin Anwar dan PKR akan menghormati perjanjian kerjasama PH yang telah sedia terjalin.

Beliau yang juga calon PH di kerusi Parlimen Damansara berkata, semua parti komponen PH komited dengan fokus untuk membentuk kerajaan melibatkan gabungan itu dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pasca PRU15.

“(Tiada kerjasama antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi). Itu kenyataan yang telah dikeluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu pendirian beliau. Kita (PH) jelas, kita masuk PRU ini sebagai sebuah pasukan dengan Muda untuk membentuk kerajaan Pusat dalam kerangka gabungan itu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjawab soalan itu. Jadi, saya rasa cukup, adalah penting untuk kita tumpu kepada apa yang beliau katakan dan beliau sudah membuat kenyataan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai ‘walkabout’ calon PH di Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong di Gelang Patah, di sini hari ini.



Sementara itu, Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor memberitahu, dakwaan kerjasama antara Anwar dan Zahid Hamidi adalah satu perang psikologi yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) untuk memperdayakan pengundi.

“Ini daripada PN, mereka lupa kini sudah ada Akta Anti Lompat Parti dan semua calon PH yang bertanding dalam PRU15 ini adalah menggunakan tiket PH. Jadi, kita semua bergerak sebagai sebuah pasukan,” katanya.

Pada 8 November lalu, Anwar menafikan beliau akan menjalin kerjasama dengan Ahmad Zahid bagi membentuk kerajaan pasca PRU15.

Dakwaan itu hanyalah propaganda politik baharu yang dimainkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker