Jeritan selamatkan gadis daripada lelaki gila seks

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Jeritan seorang pelajar perempuan yang dalam perjalanan pulang dari sekolah di Taman Connaught, di sini, berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rakus lelaki gila seks Rabu lalu.

Dalam kejadian 2 petang itu, gadis berusia 17 tahun terbabit berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di lorong belakang sebuah sekolah berdekatan Jalan Ahliman.

Menurut sumber, tiba-tiba datang seorang lelaki memeluknya dari belakang dan menutup mulut mangsa dengan tangan.

“Suspek kemudian bertindak mencabulnya menyebabkan mangsa yang ketakutan terus menjerit meminta pertolongan.

“Akibat jeritan mangsa itu, suspek terus melarikan diri sebelum mangsa yang trauma dengan kejadian itu memaklumkan kepada keluarganya dan tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Setakat ini masih belum ada tangkapan dan mangsa juga tidak dapat mengecam muka suspek,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker