Bekas timbalan pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Mohd Zulkifli Zakaria menyertai DAP selepas menyerahkan borang keahliannya kepada wakil parti berkenaan malam tadi.

Turut menyertainya ialah 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh waktu terdekat.

Mohd Zulkifli berkata ketika ini sudah ada dua cawangan DAP dalam kawasan DUN Pantai Irama di Parlimen Bachok, dan banyak lagi cawangan akan diwujudkan di dalam kawasan DUN Jelawat serta Tawang, yang juga berada dalam kawasan Parlimen Bachok.



“Kita juga akan turun membantu jentera DAP, PH yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahliannya itu kepada Pengerusi DAP negeri Azaha Abdul Rani.

Sebelum ini semua jawatan yang disandang Mohd Zulkifli dalam Bersatu gugur secara automatik selepas dia bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lepas.

-Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Bekas timbalan pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker