Pelajar tidak beradab, hisap rokok depan guru sedang mengajar

Pelajar tidak beradab, hisap rokok depan guru sedang mengajar
TANGKAP layar video menunjukkan pelajar lelaki itu menghisap rokok di hadapan guru yang sedang mengajar. – Lambe Turah

JAKARTA – Seorang pelajar lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas dirakam menghisap rokok di hadapan seorang guru yang sedang mengajar, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pelajar yang memakai seragam sekolah itu sedang duduk di atas kerusi sambil menghisap rokok.

Lebih mengejutkan, perbuatan itu dilakukan di dalam kelas semasa guru sedang mengajar.

Dia kemudian mengambil sebuah buku lalu mengibaskan asap rokok yang dikeluarkan dari mulutnya.

Kebanyakan pengguna media sosial mengecam perbuatan tersebut, manakala sebilangan lagi mengatakan pelajar zaman sekarang tidak beradab dan tidak menghormati pendidik. – AGENSI

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

S. Leza Buktikan Keprihatinan, Terus Dekati Masyarakat Pilah

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker