Wanna Ali tetapkan kriteria jejaka idaman
Wanna Ali tetapkan kriteria jejaka idaman
SIAPA sangka impian pelakon dan penyanyi, Wanna Ali untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan tidak kesampaian apabila hubungan istimewa yang dibina bersama seorang ahli perniagaan musnah baru-baru ini.
Wanna berkata, perkenalan singkat dengan lelaki yang baharu dikenali ternyata bukan jodoh terbaik buat dirinya, sekali gus melenyapkan individu itu daripada hidupnya.
Malah, tiada kekesalan dalam diri sebaliknya bersyukur Tuhan memberi petunjuk terbaik untuk dia mendapat jodoh yang tepat.
“Sebenarnya saya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun depan memandangkan saya dan individu itu sudah berbincang ke arah yang lebih serius.
“Kami juga sudah berbincang menjalankan perniagaan bersama-sama dan saya sendiri sudah mengambil keputusan berhenti daripada dunia seni selepas berkahwin.
“Dia berjanji menyokong saya daripada belakang, tapi jodoh kami tak panjang. Hubungan kami baru berakhir sekitar pertengahan tahun ini,” katanya pada majlis pelantikannya sebagai duta produk serum kecantikan, Millefleur baru-baru ini.
Tambah Wanna, perkenalan singkat dengan jejaka itu antara sebab hubungan mereka tidak dapat diteruskan ke fasa seterusnya.
“Kami sudah tiada persefahaman. Mungkin hubungan kami pun masih baharu walaupun ramai saja kenalan saya yang tidak menunggu masa lama untuk bernikah selepas mengenali pasangan dalam tempoh singkat.
“Mungkin saya bukan wanita bertuah itu. Saya reda dan teruskan kehidupan seperti biasa sekarang ini,” katanya.
Ditanya mengenai jejaka idaman yang diimpikan, anak kepada penerbit popular Datuk Ayu Puteh itu berkata, dia tidak berminat dengan lelaki yang suka berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.
“Saya suka lelaki yang misteri dan tulen. Entah kenapa saya kurang berkenan dengan lelaki yang suka muat naik gambar di media sosial.
“Selain itu, kalau ada selebriti lelaki yang cuba mendekati saya sebolehnya akan mengelak kerana saya kurang berminat. Saya lebih selesa jika hubungan kami sekadar rakan sekerja,” katanya.
Dalam pada itu, Wanna turut memberitahu dirinya tidak ramai kenalan rapat disebabkan pernah dianiaya rakan baik sendiri.
Katanya, walaupun hubungannya dengan rakannya itu kembali baik, namun dia sukar mempercayai individu baharu dalam hidupnya.
“Saya tak ramai kenalan dalam industri seni. Kebanyakan kawan saya adalah daripada sekolah atau universiti.
“Jujurnya saya pernah ada pengalaman hitam dengan seorang rakan yang bercerita fasal saya di tempat saya mencari rezeki.
“Selepas perkara itu ‘kantoi’ saya memilih untuk berhati-hati dalam memilih kawan. Saya enggan perkara saya berlaku lagi.
“Alhamdulillah saya masih ada kawan dalam industri seni yang saya rapat selain kenalan yang ada bersama saya ketika saya bukan siapa-siapa,” katanya.
Ditanya mengenai rezeki yang semakin mencurah-curah selepas dilantik sebagai duta produk produk kecantikan, Wanna berkata, dia tidak menyangka apabila kehadirannya dalam industri seni masih mendapat tempat di hati ramai.
“Alhamdulillah ini adalah rezeki yang cukup luar biasa. Saya terima tawaran ini bukan disebabkan duit, sebaliknya saya yakin dengan keberkesanan produk ini.
“Kalau cakap fasal kejar duit dah banyak produk saya jadi duta, tapi produk ini saya sendiri gunakan terlebih dahulu sebelum bersetuju.
“Pelantikan sebagai duta produk ini juga membuktikan kehadiran saya dalam industri seni ini semakin diterima ramai dan saya bersyukur apabila peminat mula menyedari kehadiran saya,” katanya. HM
Wanna Ali tetapkan kriteria jejaka idaman
Baca Artikel Menarik:
- Cinta PKP Sabri, Angeline
- Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu
- Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
- Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu
- Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam
- FD3: Persembahan Shila Amzah dan adiknya terganggu
- GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan
- Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata
- Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3
- Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak
- Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan
- Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
- Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun
- Abang Sabri sangat baik, saya kagum dengan dia – Angeline Tan
- Puteri Sarah makin mesra dengan Andi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’