Tidur luar kerana merajuk dengan Imran Aqil
Tidur luar kerana merajuk dengan Imran Aqil
Walaupun baru sebulan mendirikan rumah tangga, pempengaruh media sosial yang juga isteri kepada pelakon Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal mendedahkan dia pernah tidur luar bilik kerana merajuk dengan suaminya.
Dahlia berkata, tindakannya itu sebagai ‘protes’ selepas suaminya tidak mengemas dan membasuh pinggan selepas makan.
“Kesalahan yang dilakukan Imran kecil saja iaitu dia tidak mengemas dan membasuh pinggan selepas saya menyediakan ayam masak kicap kegemarannya.
“Jadi saya pun ambil keputusan tidur luar bilik dan baring di atas sofa ruang tamu. Saya ingatkan dia tidak akan pujuk, tapi dia datang dan dukung saya.
“Saya saja gaduh-gaduh manja dengannya sebab saya nak ajar dia supaya tidak mengulangi perkara itu pada masa akan datang.
“Saya tak nak dia terbiasa dengan keadaan itu, tapi dia beritahu bukan tidak mahu mengemas sebaliknya terlupa,” katanya yang sentiasa mengamalkan konsep saling bantu-membantu dalam menjalani kehidupan rumah tangga.
Ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, Dahlia berkata, dia belum bersedia untuk mempunyai zuriat dalam waktu terdekat.
“Sebelum bernikah keluarga saya sudah ajak berbincang mengenai perancangan untuk mendapatkan zuriat kerana mereka nak saya ada anak segera.
“Tapi saya beritahu belum bersedia lagi kerana ada keinginan yang saya nak capai dulu.
“Jadi untuk mendapatkan apa yang saya hajati, saya perlu bekerja keras. Kalau nak tahu saya susah nak luang waktu dengan Imran sekarang ini kerana saya pulang ke rumah pun jam lapan malam hampir setiap hari.
“Kalau nak ada anak sekarang ini, mental dan fizikal saya belum bersedia sepenuhnya. Lagipun saya nak luang waktu dengan suami terlebih dulu dalam tempoh setahun dua ini dan selepas itu ambil cuti kerja untuk fokus mendapatkan zuriat,” katanya.
Imran bernikah dengan Dahlia yang berusia 22 tahun pada 9 September lalu selepas setahun mengikat pertunangan. HM
Tidur luar kerana merajuk dengan Imran Aqil
Baca Artikel Menarik:
- Cinta PKP Sabri, Angeline
- Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu
- Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
- Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu
- Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam
- FD3: Persembahan Shila Amzah dan adiknya terganggu
- GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan
- Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata
- Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3
- Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak
- Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan
- Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
- Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun
- Abang Sabri sangat baik, saya kagum dengan dia – Angeline Tan
- Puteri Sarah makin mesra dengan Andi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?
Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’