Serangan di Balai Polis Balai Dato’ Keramat, seorang penjenayah ditahan

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato’ Keramat, George Town pada Ahad.

Kejadian dikatakan berlaku jam 4.45 pagi tadi apabila lelaki tempatan berumur 35 tahun menunggang motosikal memasuki balai polis itu dan secara tiba-tiba menyerang anggota sentri yang sedang bertugas.
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Suspek dilaporkan cedera sewaktu anggota polis cuba menahannya dan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)



“Suspek berjaya ditangkap namun mengalami kecederaan kecil semasa proses tangkapan dibuat dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, keadaan suspek stabil,” kata sumber itu.

Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker