Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas

ALOR SETAR: Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), seorang lelaki yang hilang selepas botnya terbalik di Empangan Tasik Pedu, ditemui pada pagi Ahad.

Mayat Ooi Swee Hin berusia, 41, ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dipermukaan air dalam keadaan telah kembung.



“Mayat mangsa telah dibawa ke tebing dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

“Penemuan mayat ini telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan kekuatan seramai 50 anggota dari JBPM Kuala Nerang serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba Jitra sambil dibantu Polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hutan daerah Padang Terap.

Beliau berkata, operasi SAR mengalami kesukaran kerana terdapat tunggul kayu di dasar yang boleh membahayakan anggota PPDA untuk menyelam sehingga ke dasar.
“Dengan penemuan mayat mangsa operasi SAR ditamatkan serta-merta,” katanya.



Khamis lalu Astro AWANI melaporkan seorang lelaki ditemui berpaut pada batang pokok lama di dalam tasik manakala seorang lagi dkhuatiri lemas selepas bot pancing dinaiki terbalik akibat dipukul ribut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker