Kes samun berparang di Kampung Baru KL, polis belum terima laporan [VIDEO]

RAKAMAN video memaparkan lelaki bersenjatakan parang yang dikatakan menyamun kedai runcit di Kampung Baru, Kuala Lumpur,

Kuala Lumpur: Polis sedang mengenal pasti lokasi kejadian samun kedai runcit yang didakwa berlaku di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

“Kita sedang mengenal pasti lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut,” petikan laporan HM



Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman video berdurasi 48 saat berhubung kejadian itu tular laman portal Facebook MYKMU.NET

 

Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang mengugut individu di dalam kedai runcit berkenaan supaya tidak membuat laporan polis.

Lelaki terbabit juga dilihat menghayun parang ke arah dua individu yang berada di kaunter pembayaran kedai runcit berkenaan.



Melalui sumber yang diperolehi lelaki yang dikenali sebagai Badik ini adalah penjenayah tegar di kawasan Kampung Baru ini dan sering keluar masuk penjara dengan pelbagai kes jenayah.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh pembaca juga, penjenayah ini masih berlegar di kawasan Kampung Baru kerana berkemungkinan mangsa takut untuk membuat laporan polis disebabkan statusnya sebagai warga asing.

Walau bagaimanpun sehingga kini polis masih menyiasat kejadian berkenaan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker