Gaduh depan restoran, 5 dicekup polis

Gaduh depan restoran, 5 dicekup polis

Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, Isnin lalu.

Susulan kejadian, polis menahan lima suspek lelaki tempatan dalam serbuan di empat lokasi berasingan, semalam dan kelmarin.



Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, yang mengesahkan kejadian itu, berkata polis menerima laporan petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan lima lelaki berusia 17 hingga 43 tahun. Turut dirampas, dua batang kayu rotan dan dua telefon bimbit.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara semua suspek sehingga menyebabkan pergaduhan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan dadah.



Bagaimanapun katanya, ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

“Semua suspek direman sehari dan kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 39 saat menunjukkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di depan sebuah restoran di lokasi terbabit. FMT

Gaduh depan restoran, 5 dicekup polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker