Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar jadi calon PN di Kedah

PN malam ini mengumumkan seramai 36 calon akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di Kedah.

Pengumuman itu dibuat di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar.

Seperti dijangka, Menteri Besar sementara Kedah, Sanusi Muhammad Nor akan mempertahankan kerusi yang disandangnya di Jeneri.



Sementara itu, bekas kapten lagenda pasukan bola sepak Hijau Kuning, Radhi Mat Din dipertaruhkan PN di DUN Alor Mengkudu.

Dia dijangka akan menentang pencabarnnya dari PH, Mahfuz Omar yang juga Pengerusi PH Kedah.

Kedua-dua mereka pernah merebut kerusi parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum 2018, namun kerusi parlimen itu dimenangi Mahfuz.

Manakala bekas ketua pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang juga Ketua Pasukan Sabah FC pula akan bertanding di DUN Gurun.



Baddrol dijangka akan menentang Firdaus Johari yang juga anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker