Tikus besar daripada anak kucing ancam penduduk

Tikus besar daripada anak kucing ancam penduduk

SINGAPURA – Penduduk kawasan perumahan Pasir Ris, Singapura ‘diserang’ tikus bersaiz besar selepas tiga atau empat lubang haiwan itu ditemui di kawasan tersebut, lapor portal berita Must Share News hari ini.

Menurut laporan, tikus-tikus bersaiz besar itu memenuhi kawasan sekitar dan meninggalkan najis di merata tempat.



Kucing juga dikatakan tidak dapat menghalang haiwan tersebut daripada ‘bermaharajalela’.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, kawasan yang terjejas terletak di Pasir Ris Street 21 iaitu antara blok 273 dan 275.

Seorang penduduk berusia 57 tahun yang dikenali sebagai Lee memberitahu akhbar itu bahawa tikus biasanya muncul selepas pukul 11 malam (waktu tempatan).

“Kadangkala, lebih 10 ekor tikus akan keluar serentak. Pernah sekali saya melihat seekor tikus yang lebih besar daripada anak kucing,” katanya. K Online



Tikus besar daripada anak kucing ancam penduduk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot



Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes



Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker