Hamzah cuba tegakkan benang yang basah, dakwa pendakwaan Sanusi adalah terpilih

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membidas tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor, dengan menyifatkannya sebagai pendakwaan terpilih.

Tanpa menyebut sebarang nama, Hamzah berkata ada ahli politik bukan dari PN yang turut membuat kenyataan menghasut.

“Saya menentang keras siri pendakwaan terpilih dan perbuatan menyalahgunakan Akta Hasutan bagi tujuan penganiayaan politik, memandangkan ada pemimpin bukan PN yang terbabit mengeluarkan kenyataan menghasut tidak pula dikenakan tindakan undang-undang.



“Kepada semua pihak khususnya penyokong PN, kekal bertenang serta jaga ketertiban awam dan marilah kita sama-sama berdoa agar menteri besar sementara Kedah mendapat keadilan di mahkamah,” kata Hamzah dalam kenyataan semalam.

Hamzah berkata sementara PN sentiasa menjunjung institusi Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, tindakan menahan Sanusi pada jam tiga pagi adalah berlebih-lebihan dan “dibuat hanya kerana dendam politik”.

“Apa perlunya dia dilayan sebegitu rupa? Sedangkan dia telah pun memohon maaf dalam isu ini dan telah menyatakan kesediaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dengan notis untuk hadir ke mahkamah juga telah diserah terima,” katanya.

Sanusi ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, Kuala Lumpur pagi semalam dan kemudian didakwa atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan.



Semalam Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis bertindak untuk menahan Sanusi selepas beberapa panggilan telefon yang dibuat kepadanya dan pegawainya ditolak serta kesukaran untuk mengenal pasti lokasinya.

“Kami hanya menahan menteri besar (sementara) Kedah itu selepas kami bimbang dia mungkin tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam),” katanya.

Hamzah tidak menyentuh kenyataan Razaruddin berkenaan perkara ini.

Malaysiakini telah menghubungi Sanusi dan masih belum menerima maklum balasnya.



Ketika diminta menjelaskan berkenaan kadar masa Sanusi didakwa di mahkamah, Razarudin berkata ini kerana kes melibatkan ahli politik lain seperti Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak melibatkan institusi diraja, walaupun mereka turut disiasat atas isu 3R (agama, bangsa dan raja-raja).

Perlu dinyatakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang turut disiasat atas dakwaan menghina institusi diraja dan belum didakwa.

Kertas siasatan terhadapnya dilaporkan telah siap dan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun lalu.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker