Janna Nick bimbang dengan kesihatan kekasihnya

Janna Nick bimbang dengan kesihatan kekasihnya

Pelakon dan pengarah, Janna Nick mengakui bimbang akan kesihatan kekasihnya, Dini Scatzman yang kini menerima rawatan di hospital akibat demam dan jangkitan kuman dalam darah

Janna atau pemilik nama penuh, Nurul Jannah Muner ketika dihubungi berkongsi, kesihatan Dini beransur pulih cuma timbul bintik merah pada bahagian badannya.



“Dini jarang sakit kerana dia mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, jadi apabila jadi perkara begini ia adalah sesuatu yang besar buat saya. Semestinya perkara ini membimbangkan saya.

“Kesihatannya beransur pulih cuma mula timbul bintik bintik merah yang seperti menunjukkan tanda denggi.

“Cuma buat masa ini, platlet darahnya masih baik lagi. Dini tidak suka bergantung kepada ubat, jadi saya sangkakan bintik merah itu disebabkan alahan terhadap ubat-ubatan yang dimakan.

“Saya juga sebenarnya kurang sihat kerana cuaca di lokasi penggambaran kurang menentu, kejap panas kejap hujan. Boleh dikatakan setiap dua hari saya ada membuat ujian saringan Covid-19 namun keputusannya adalah negatif,” katanya kepada Harian Metro.



Terdahulu, Janna menerus Instagram Story memuat naik foto dia memegang tangan kekasihnya yang sedang terbaring di katil hospital. Wc

Janna Nick bimbang dengan kesihatan kekasihnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan



Mawar Rashid dilabel materialistik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker