i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas

Sebaran :

i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas

Sebanyak 22 premis berkaitan dengan i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor diserbu pihak berkuasa semalam kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Serbuan tersebut telah diselaraskan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta beberapa badan penguatkuasaan lain.

BNM berkata, tindakan serbuan tersebut juga telah menyebabkan 45 akaun dalam tujuh bank dibekukan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta dirampas.



“Turut dirampas adalah beberapa dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan.

“Serbuan dilakukan kerana syarikat ini telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, BNM berkata, mana-mana individu yang menerima deposit tanpa lesen dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 137(1) FSA.

Kata BNM, siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dibuat mengikut peruntukan di bawah AMLA.



“Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram semasa kesalahan tersebut dibuat atau denda RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, dan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya hanya menyimpan wang atau melabur dengan pihak yang berlesen serta berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan,” ujar BNM. K Online

i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply