‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ,37,menyifatkan tindakan juri tidak memberikan ‘Ha’ walau satu kepada peserta yang bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah keputusan sangat tidak patut dibuat.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menerusi hantaran di Instagram, menyelar tindakan berkenaan yang disifatkannya tidak adil buat peserta yang bertanding kerana bukan mudah mencari idea untuk dipertontonkan.

“Memang sangat tidak patut apabila dalam sejarah MLM tiada ‘Ha’ dalam persembahan padahal ada tiga atau empat ‘punchline’ di situ dan mengena. Saya lihat juri pun tergelak, tetapi tiada ‘Ha’.

“Jika tak suka sangat pun berilah satu ‘Ha’ tanda menghargai usaha mereka di atas pentas menghiburkan penonton. Nilailah mereka seadilnya dan letaklah mereka yang benar-benar layak di situ,” tulisnya.

Shahrol berkata apa yang menjadi keresahannya mengenai industri komedi tanah air sudah pernah diungkapkan dari awal pertandingan itu. Malah, apabila dia menonton insiden yang berlaku pada minggu kelima persaingan malam kelmarin, diakuinya amat menyedihkan.

“Kadang-kadang sampai Subuh baru balik rumah, bersiap terus ke konti radio. ‘Stress’ bila idea ditolak bila ‘content check’. Pernah anak demam tapi isteri tak beritahu sebab taknak saya makin ‘stress’. Alhamdulillah isteri sangat memahami,” katanya.

Ujar Shahrol lagi, pada komen juri pula sepatutnya kalau dirasakan kurang mantap maka beritahulah kepada peserta bahagian mana yang kurang itu agar mereka boleh memperbaikinya untuk persembahan seterusnya nanti.

“Minggu ni kurang, saya nak tengok yang lebih baik minggu depan.” Kalau kurang beritahulah yang mana kurangnya supaya diperbetulkan. Macam orang bagi makanan tak sedap, beritahulah apa yang tak cukup sama ada gulanya ke atau garamnya barulah boleh diubah masakannya bagi sedap,” katanya.

Shahrol juga berkata dia tampil bersuara dengan satu niat untuk melihat industri komedi terus maju. Apatah lagi, persembahan peserta untuk pertandingan berprestij seperti MLM hanya dibuat setahun sekali untuk membuka pintu kepada pelawak berkarya.

Terdahulu, anggota kumpulan Taici iaitu Chiwan di Instagramnya meluahkan perasaan kesal terhadap tindakan juri yang tidak memberikan ‘Ha’ kepada mereka dalam persembahan di MLM 2021, malam Jumaat lalu.

“Maruah kami nak campak mana? Kami ibarat orang bodoh dekat atas pentas itu yang tak buat apa-apa ke? Ini tak masuk akal,” tulisnya.

Kegagalan Taici yang tidak menerima sebarang ‘Ha daripada juri, sekali gus menyebabkan mereka tersingkir dan secara tak langsung ia turut mencipta sejarah buat pertama kali tiada ‘Ha’ di pentas MLM.

Sehubungan itu, barisan juri di MLM 2021 terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan seorang juri misteri dikenali ‘Sang Bara’.-HM

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker