Hilang Dua Orang Tersayang Dalam Masa 48 jam, Cucu dan Suaminya

Hilang Dua Orang Tersayang Dalam Masa 48 jam, Cucu dan Suaminya

Sepang: “Hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terpaksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya,” kata Mahani Hamid.

Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat.



Pagi tadi, suaminya, Saad Hashim,70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu meninggal dunia pada 4 pagi di kediamanya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Berkongsi perasaannya, Mahani berkata, berat untuknya menerima pemergian suami dan cucu tercinta dan dia mengakui hilang tempat mengadu walaupun masih mempunyai lima anak dan cucu.

“Semalam, saya menziarahi cucu yang meninggal dunia akibat kemalangan di langgar van sekolah dan hari ini suami pula meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Saya sempat menatap wajah cucu sebelum disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, namun tidak dapat mengiringi jenazah ke perkuburan kerana teringatkan suami dan ketika itu sudah malam dan mahu terus pulang ke kampung.

“Kini tinggal kenangan dan hanya anak, menantu dan cucu saja yang menjadi tempat saya mengadu nasib,” katanya.



Jenazah Saad akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Keratong 4 dan 5 Bandar Tun Razak.

Sementara itu, anak keempat Mahani, Anom Suhana, 40, berkata semalam dia bersama keluarga menziarahi keluarga abangnya di Sepang.

Menurutnya,selepas menziarahi jenazah Alisha sepatutnya mereka terus pulang ke Pasir Gudang, namun ibu beriya-iya mengajak mereka pulang ke kampung.

Katanya, mereka bertolak dari Putrajayapada 8.30 malam bersama ibu diringi sebuah kereta lain dinaiki kakaknya bersama keluarga dan tiba di kampung kira-kira tiga jam kemudian.



“Ketika sampai di kampung arwah ayah kelihatan seperti biasa, manakala pada 4 pagi ibu memaklumkan ayah sudah meninggal dunia.

“Saya tidak menyangkarupa-rupanya ajakan ibu untuk singgah di kampung itu adalah bagi bertemu ayah buat kali terakhir dan kami reda dengan ketentuan Allah SWT kehilangan dua ahli keluarga dalam jangka masa yang dekat,” katanya.-HM

Hilang Dua Orang Tersayang Dalam Masa 48 jam, Cucu dan Suaminya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi baharu lebih sporty

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker