Guru disyaki cabul pelajar di asrama direman

Guru disyaki cabul pelajar di asrama direman

Guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus, Terengganu, ditahan selepas disyaki mencabul pelajar lelaki yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Guru lelaki berusia 36 tahun itu kemudian dibenarkan direman selama lima hari, bermula hari ini hingga 18 November ini untuk siasatan lanjut.



Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah reman berkenaan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Perbuatan suspek terbongkar selepas seorang daripada bapa mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan pihak berkuasa.

Menurut sumber, sebelum itu, pada Jumaat, mangsa yang berusia 16 tahun telah menghubungi bapanya memaklumkan suspek bertindak mencabulnya, sebanyak dua kali, pada Khamis dan Jumaat, di bilik asramanya kira-kira jam 3 pagi.

“Mangsa mendakwa dia dicabul semasa sedang tidur sebelum terkejut mendapati suspek berada di sebelah katilnya yang sedang melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya.



“Tidak sanggup diganggu dan takut dengan perbuatan suspek yang sering datang ke bilik asramanya, mangsa mengambil keputusan menghubungi bapanya memaklumkan kejadian tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sumber berkata, mangsa mendakwa bukan sahaja dia yang menjadi mangsa gangguan seksual suspek, malah beberapa kawan sebiliknya turut mengaku pernah dicabul, sebelum ini.

“Namun disebabkan malu dan takut, mereka hanya berdiam diri sahaja, tidak berani hendak bercerita kepada sesiapa termasuk orang tua masing-masing.

“Bagaimanapun selepas mendengar aduan mangsa, mereka baru berani membuka mulut bercerita perbuatan suspek yang pernah dilakukan kepada mereka sebelum ini, ” katanya.



Difahamkan, selepas laporan polis dibuat bapa kepada seorang daripada mangsa bagi siasatan lanjut dibuat, seramai 10 lagi mangsa tampil mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual guru sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, mengesahkan menerima beberapa laporan berkaitan suspek dan kes sama. FMT

Guru disyaki cabul pelajar di asrama direman


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker