Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih

Sebaran :

Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih

Ayam ni sebenarnya berasal dari Pulau Jawa dan merupakan antara ‘ayam lagenda’ di Indonesia disebabkan warnanya yang “rare”, hitam daripada sekecil-kecil rongga hingga seluruh kulit dan tulang sekali. Maka tidak hairan ayam ni menjadi popular dari Indonesia hingga keseluruh dunia.

Digelar ayam “lamborghini untuk dunia perayaman” disebabkan nilai harga pasaran yang tinggi.

Seluruh badan hitam ayam ni hitam disebabkan fibromelanosis yang menyebabkan hiperpigmentasi. Ayam selasih ini mempunyai bulu, kulit, paruh, kuku, dan daging bahkan tulang yang hitam. Satu-satunya bahagian ayam yang tidak sepenuhnya hitam adalah darah, walaupun sebenarnya ia juga jauh lebih gelap berbanding darah ayam biasa.



Ayam ni ada yang dijual dengan harga RM17,000 hinggalah RM85,000 seekor, tapi ada juga baka yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Ayam cemani ini berwarna hitam kerana proses Fibromelanosis yang merupakan satu kejadian genetik yang sangat unik. Hasil daripada proses fibromelanosis ini ialah hyperpigmentation yang mengakibatkan ayam ini berwarna hitam.

Menurut sejarah zaman dahulu, ayam ini bukannya dijadikan sajian tetapi ianya merupakan haiwan perliharaan pembesar-pembesar diraja sebagai koleksi mereka.

Ayam Selasih dari keturunan kedu hitam mempunyai keunikan pada balung tunggal yang berbentuk gerigi bagi jantan. Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu, populasinnya semakin berkurang jika dibandingkan populasi ayam selasih 100 tahun yang lalu.



Kini kewujudan ayam selasih menjadi semakin berkurang dan sukar diperoleh sehinggakan ayam ini menjadi buruan dan di cari orang. Hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memilikinya.

Jika ayam selasih di Malaysia berwarna hitam termasuk bulu, tetapi ayam hitam di China berbulu putih dan ayam hitam di China ini juga dikenali sebagai White Phoenix.

Kebiasaannya ayam selasih digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, menopaus dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam ini banyak juga kegunaan lain.

Bagaiman dengan harga ayam selasih di Malaysia?



Ayam selasih yang baru berumur 1.5 bulan, dijual dengan harga sekitar RM 50.00 hingga RM 100.00 seekor bergantung kepada saiz, sedangkan ayam selasih muda berumur 7-8 bulan dijual dengan harga RM 300.00 hingga RM 350.00 seekor.

Manakala harga bagi ayam selasih dewasa boleh mencecah hingga RM1000 ke atas. Harga ini hanyalah untuk ayam selasih yang darahnya belum terjamin seratus peratus hitam. Namun begitu bagi ayam selasih yang fizikal luarnya seratus peratus hitam dan darahnya juga hitam maka harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ayam selasih jenis ini dipercayai mempunyai kelebihan tertentu dan digunakan dalam perubatan tradisional.

Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis


Sebaran :

Leave a Reply