Azhar Sulaiman bagi lampu hijau buat anak sertai parti politik

Azhar Sulaiman bagi lampu hijau buat anak sertai parti politik

Pelakon terkenal, Azhar Sulaiman membenarkan anak perempuannya, Kasih Leia Ixora untuk menyertai mana-mana parti politik.

Azhar berkata demikian menerusi akaun Instagramnya selepas Leia tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Hubungan Antarabangsa di Universiti Nottingham, Semenyih.



“Tahniah dan syabas buat anakanda Kasih Leia Ixora kerana telah berjaya menamatkan pengajian yang dipelajari.

“Awak masuklah parti politik mana pun yang awak suka dan selamat maju jaya dalam mencuba untuk hidup!” katanya.

Terdahulu Azhar pernah berkongsi tiga cahaya matanya tiada yang mengikut jejak langkahnya sebagai seorang artis. Manakala anak lelakinya iaitu Andika Rees Pahamin merupakan atlet Malaysia dalam arena sukan hoki ais.

Hasil perkongsian hidup Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dikurniakan tiga cahaya mata Kasih Leia Ixora, 24, dan Andika yang merupakan kembar kepada Kasih Iris Leona masing-masing berusia 20 tahun. Utusan



Azhar Sulaiman bagi lampu hijau buat anak sertai parti politik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat



MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker