#PRNMELAKA2021: Awas Video Seks Untuk Aibkan Pemimpin BN

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

Gambar Hiasan

Sejak semalam kami mendengar cakap-cakap di warung lempeng di sekitar Masjid Tanah berkenaan strategi terakhir PN untuk mengalahkan calon Dun Tanjung Bidara, Dato Rauf Yusuh adalah dengan mengedarkan kononnya video seks yang sudah di ‘edit’ melibatkan calon BN itu.

Video palsu berkenaan kemungkinan besar bakal diedarkan dalam sehari dua sebelum hari pengundian.

Mutakhir, dari tinjauan rata-rata pengamal media yang terlibat di pilihanraya negeri Melaka yang pertama ini, parti pimpinan Muhyiddin bakal kalah teruk. Tekanan yang melampau ini dikatakan antara penyebab Muhyiddin seperti hilang akal mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ terhadap Shahrir Samad yang dikatakan menyelar kepimpinan Muhyiddin yang gagal.



17 bulan Muhyiddin cuba membawa imej perdana menteri yang bersih, alim dan pandai baca doa dan akhirnya terserlah rupanya yang mempunyai mulut busuk dan tidak berdaya tahan dengan tekanan pihak lawan.

Bahkan paling melucukan ayat Muhyiddin, “tekan butang” menjadi trending anak muda dan orang kampung. Nampak Muhyiddin tertekan:

Menurut sumber, strategi lapuk video seks palsu ini adalah senjata akhir yang akan digunakan dan kemungkinan besar dari pemegang akaun media sosial ‘Ratu Naga’ dan kumpulannya memandangkan beliau dikatakan juga memimpin pasukan siber PPBM dan PAS.

Pihak polis perlu tegas dalam isu pembunuhan karektor ini.



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan terkini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memuat naik, menyebar mahupun berkongsi sebarang kandungan yang berunsur jelik dan lucah di internet selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut kenyataan itu, pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Baca di sumber ini juga

PRN Melaka: Video Palsu Sudah Sedia Untuk Di Tularkan Sebagai Serangan Terakhir Ke Atas BN


Sebaran :

Leave a Reply