Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara

Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara

Seorang pedofil memaksa seorang gadis remaja untuk mengukir namanya pada payu dara gadis terbabit selain mengugut 70 remaja lain dari seluruh dunia untuk melakukan aksi seksual yang memalukan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Mahkamah Jenayah Liverpool dimaklumkan bahawa Elliot Nicklin, 22, mengugut untuk membunuh diri sekiranya mangsanya enggan melakukan aksi lucah yang diminta.

Nicklin menggunakan sebuah laman web untuk menarik mangsanya sebelum mengugut mereka.

Polis percaya bahawa dia telah melakukan penderaan terhadap lebih 70 remaja perempuan.

Ramai antara mangsa lelaki itu yang mengalami penderaan psikologi oleh tindakan Nicklin.

Nicklin dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Liverpool kelmarin di mana perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya ditangguhkan apabila pasukan paramedik terpaksa dipanggil selepas tertuduh mengalami serangan panik dan mengadu sakit dada.

Nicklin mengaku salah terhadap 27 pertuduhan termasuk memiliki ratusan imej kanak-kanak dalam keadaan tidak senonoh.

Dia turut menghantar lapan imej tersebut kepada kenalan lain.

Menurut pendakwa raya, Nicola Daley, peranti milik Nickley yang dirampas mengandungi lebih 1,500 imej tidak senonoh kanak-kanak.

“Dari segi skala dan sifat imej tersebut, ia adalah amat memalukan,” kata Daley. K Online

Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker