Mawar Rashid dilabel materialistik

Mawar Rashid dilabel materialistik

DISEBALIK kegembiraan memiliki sebuah rumah idaman hasil titik peluh sendiri pada usia muda, namun tanpa diduga, ia turut terselit kekecewaan di hati pelakon Mawar Rashid.

Masakan tidak, Mawar atau Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid berasa terkilan dengan sikap segelintir pihak yang masih terus melabel dirinya seorang mata duitan atau memandang kekayaan.

Lebih perit lagi, netizen menuduh dirinya hanya hidup ditanggung suami tanpa perlu berusaha membanting tulang untuk hidup mewah.

“Dari dahulu saya selalu dengar orang cakap saya ini materialistik…saya pandang harta, hidup saya ini semua ditanggung suami.

“Sedih hati saya…perit sangat sebab selama ini saya kerja 24 jam seminggu habis-habisan,” luahnya.

Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata itu lagi, dia mula bekerja mencari duit sendiri seawal usia remaja.

Malah, dia turut membantu menambah pendapatan ekonomi keluarga meskipun dia masih dibangku sekolah.

“Kalau tamya kawan-kawan atau kelaurga saya, mereka tahu lah macam mana saya sibuk kerja daripada muda. Saya memang daripada kecil diajar untuk berdikari.

“Umur 15 tahun lagi saya memang tak minta duit daripada ibu untuk pergi sekolah. Saya cari duit sendiri daripada sekolah, kolej sehinggalah sekarang dah kahwin dan ada dua orang anak.

“Kalau nak cerita fasal sejarah keluarga saya memang panjang. Syukur daripada sekolah lagi saya dapat tolong ibu dari segi kewangan sampailah sekarang bagi duit bulanan,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Jelas Mawar lagi, dia pernah beberapa kali berdepan dengan situasi keletihan yang melampau kerana mengakui tidak mampu untuk memikul banyak tanggungjawab dalam satu masa.

Walau bagaimanapun, dia tetap besyukur kerana memiliki suami yang banyak membantu meringankan bebannya.

“Saya banyak kali ‘burn out’ tahu sebab campur tugas pengasas produk, tguas isteri, tugas ibu, tugas anak dan tugas menantu.

“Baru-baru ini saya dan pekerja saya ‘burn out’ sebab jadual terlampau padat dengan kerja dan perniagaan lagi. Kami menangis berjemaah sebab memang padat gila.

“Terima kasih kepada suami, dia sentiasa ada dengan saya untuk tenangkan saya, tolong sedaya upaya apa yang boleh, saya sayang awak!,” luahnya.

Tambah Mawar, dia bukanlah seorang yang suka meminta-minta jika inginkan sesuatu.

“Mentang-mentanglah saya ini artis, orang nak label saya nak kikis harta. Mungkin ada orang macam tu, tapi bukan saya.

“Tak retilah nak saya nak meminta ini…dah biasa dengan jika mahukan sesuatu, saya akan usahakan sendiri.

“Jadi rumah ini adalah satu kepuasan bagi saya sebab ia seperti ‘self-reward’ selepas penat bekerja.

“Terima kasih suami sebab sama-sama kongsi dengan saya untuk rumah kita sampai tua nanti dengan anak serta cucu,” ujarnya.

Baru-baru ini, Mawar ada berkongsi kegembiraannya apabila menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami di sebuah banglo berharga hampir RM2 juta. Utv

Mawar Rashid dilabel materialistik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker