Penduduk takut kemunculan ‘serigala jadian’ selepas penemuan mayat dipenuhi bekas gigitan

Sebaran :

Penduduk takut kemunculan ‘serigala jadian’ selepas penemuan mayat dipenuhi bekas gigitan

PRETORIA: Penduduk di sebuah perkampungan di Afrika Selatan dilanda ketakutan selepas penemuan satu mayat yang penuh dengan kesan luka, dipercayai ‘menjadi santapan serigala jadian’.

Identiti mayat itu dikenal pasti sebagai Diesel Michael Makambi dan lelaki itu ditemukan mati berhampiran sungai di Kwaqongqota, baru-baru ini.

Pihak berkuasa memaklumkan, terdapat banyak kesan gigitan pada badan mayat tersebut, sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan jika ada haiwan ganas di perkampungan mereka.



Namun, polis dan keluarga Makambi menepis tanggapan itu dan menyifatkannya tidak masuk akal kerana serigala jadian tidak wujud.

Polis menegaskan, lelaki itu mungkin maut akibat diserang anjing liar dari spesies Pitbull.

Bagaimanapun, penjelasan itu tidak meyakinkan penduduk kampung sehingga muncul amaran kepada orang ramai supaya tidak datang ke Kwaqongqota.

Amaran itu disebarkan menerusi hantaran di Facebook.



Bagi menenangkan keadaan, ibu Makambi, Nongenile Liziwe Makambi memberitahu, anaknya sempat minta tolong sebelum maut.

“Sebelum mati, anak saya sempat memberitahu kanak-kanak setempat bahawa dia diserang dan digigit tiga ekor anjing.

“Seorang saksi perempuan juga memaklumkan dia ternampak anak saya diserang tiga anjing, jadi tidak timbul isu dia dibunuh serigalan jadian,” katanya. Utusan

Penduduk takut kemunculan ‘serigala jadian’ selepas penemuan mayat dipenuhi bekas gigitan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply